Sejarah PKG

SEJARAH PKG TASEK GELUGOR

 
Pusat Kegiatan Guru (PKG) adalah merupakan sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) atau sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan memberi khidmat sokongan dan latihan kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh itu, kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.
Dari Segi sejarahnya, gerakan kearah penubuhan Pusat Kegiatan Guru berlaku secara beransur-ansur, bermula dengan penubuhan :
§  Pusat Sumber Tempatan (1978)
§  Pusat Media Daerah (1981)
§  Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1986)
Pusat-pusat ini diwujudkan bagi mengatasi serta memperbaiki ketidakseimbangan pencapaian pendidikan di antara Bandar dengan luar Bandar.Tujuannya pada masa itu hanya untuk memberi perkhidmatan pinjaman alatan serta menyediakan kemudahan membina bahan pengajaran dan pembelajaran kos rendah.
PSPD ditukar namanya kepada Pusat Kegiatan Guru dengan singkatannya PKG pada 14 April 1990 dan diberikan peranan yang lebih luas. Pusat Kegiatan Guru merupakan jalinan rancangan prasarana pendidikan dan pemangkin untuk merangsang pembangunan profesional guru-guru khususnya bagi meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah. Ia selaras dengan matlamat pendidikan bestari dan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

FUNGSI
  • Mengurus dan mentadbir Pusat Kegiatan Guru.
  • Melaksanakan, menilai program dan latihan Teknologi Pendidikan.
  • Memantau penggunaan penyelesaian bersepadu Sekolah Bestari.
  • Penyelaras program dan latihan Teknologi Pendidikan, Pendidikan Bestari dan PSS
  • Memudah cara program pengurusan perubahan pendidikan bestari di Sekolah setempat.
  • Menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran
  • Memberi khidmat bantu Teknologi Pendidikan.
  • Mengurus data dan maklumat aktivti PKG, Kakitangan Sumber (KS),
    Pusat Sumber sekolah (PSS) dan sekolah setempat.


VISI
  • Mewujudkan budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan yang berkesan di setiap sekolah


MISI
  • Membangunkan bahan sumber pendidikan yang bermutu tinggi dalam pelbagai media
  • Mengembangkan sistem jaringan kepada semua warga pendidikan.
  • Memberi khidmat kepakaran profesional dan teknikal dalam media dan teknologi pendidikan.
       
    PIAGAM PELANGGAN

 Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan itizam, berjanji
menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:

  • Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
  • Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan
  • Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa
  • Membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa
  • Memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidkan dari semasa ke semasa
  • Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa